Drones (album Muse)

Drones ialah album studio ketujuh oleh kumpulan rock England, Muse.[4][5] Album ini dikeluarkan di Eropah pada 5 Jun 2015 dan 8 Jun di England[6] di bawah Warner Bros. Records dan Helium-3. Drones ialah album konsep yang menceritakan perjalanan tokoh protagonis dari menuju indoktrinasi sebagai "manusia yang dikendalikan" dan pada akhirnya melakukan pembelotan.[7] Setelah bereksperimen dengan muzik elektronik dan funk dalam album The 2nd Law, Muse berniat untuk kembali kepada aliran muzik rock yang lebih sederhana seperti album-album terdahulu dengan menonjolkan gitar, bes, dan dram.[8] Album ini menerima pelbagai ulasan; pengkritk sering memuji dari segi muzik namun mengkritik lirik.Drones dirakamkan antara Oktober 2014 hingga April 2015 di The Warehouse Studio, Vancouver, British Columbia, Kanada dan diterbitkan oleh Robert John "Mutt" Lange.[5][9][10] Kulit album direka bentuk oleh seniman Amerika Syarikat, Matt Mahurin.[11][12] Drones menerima Anugerah Grammy bagi kategori Best Rock Album.[13]

Rujukan

WikiPedia: Drones (album Muse) http://www.amazon.ca/Drones-Muse/dp/B00UHZMGBY/ http://www.exlibris.ch/de/musik/cd/muse/drones/id/... http://www.altpress.com/news/entry/muse_to_release... http://www.amazon.com/Drones-CD-DVD-Limited-Editio... http://www.billboard.com/articles/columns/rock/649... http://diymag.com/2015/02/08/matt-mahurin-will-be-... http://www.gigwise.com/news/97841/muse-new-album-d... http://www.gigwise.com/news/99194/muse-drones-albu... http://www.grammy.com/nominees?genre=31 http://www.kerrang.com/28057/muse-confirm-seventh-...